Engkau Memang Cantik :D
Kecantikan berada di mana-mana.Jika cantik itu dibiarkan
bebas untuk menjadi bahan penilaian mengikut kenisbian akal semata-mata,maka
tentu akan binasa dan porak-perandalah segala-galanya.
Analogi yang mudah ialah walau secantik manapun botol
minuman alkohol itu , tetapi sebaik-baik ia digunakan untuk mengisi arak maka
tetaplah ia hodoh.Demikian juga sebaliknya jika botol yang sederhana,tetapi
diisi oleh minyak atar , maka ia tetap indah seindah wangian yang dituang ke
dalamnya
Tentu sekali kita kerugian apabila benih mukminah yang sedia
tersemai dengan baik dalam usia awal awal remaja tiba-tiba mengalami sindrom
kelesuan.Ia berpunca dari gangguan-gangguan definisi dari hal kecantikan yang
ditekap oleh pihak yang tidak ‘mesra islam’ atas kepentingan nafsu demi
mengutip laba keduniaan.
Demi kekayaan? Demi karier? Demi kekasih? Demi memenuhi
selera suami? Demi menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan di tempat
kerja? Demi meraikan kehadiran muda dan
zaman kejelitaan? Demi menurut edaran fesyen? Demi menyahut cabaran rakan
sebaya? Demi wang dan kemasyhuran?
Sedar akan fenomena tenggelamnya anak-anak dan adik-adik
kita dari medan dakwah satu demi satu,maka Engkau Memang Cantik (EMC) ini
sengaja dimunculkan.Ia melawat kamar minda untuk merawat kecederaan.
EMC selagi kau tidak melulu
EMC selagi kau menutup malu
EMC selagi kau memelihara adab
EMC selagi kau menjaga aurat
EMC selagi kau menjaga batas.
EMC selagi kau waras berhias
EMC selagi kau bersifat fitrah
EMC selagi kau pantang menyerah
EMC selagi kau terus bersolat
EMC selagi kau lurus bertaubat
EMC selagi kau jujur berilmu
EMC selagi kau suami tak jemu
EMC selagi kau membaca Al Quran
EMC selagi kau kasih ibu bapa
EMC selagi kau mendidik keluarga
EMC selagi kau pandai menjahit dan memasak
EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadah
EMC selagi kau sabar dan tenang
EMC selagi kau tegakkan agama Islam
EMC selagi kau mencegah kemungkaran
EMC selagi kau berkebajikan
EMC selagi kau berniatkan Tuhan
EMC selagi kau seindah Islam.
Akhir kata,EMC selagi kau reda menerima Islam sebagai
satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan
tujuan.
Oleh itu,katakanlah kepada dirimu sendiri bahawa “EMC selagi
kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar iman J”
Wallahua’alam
0 comments