Membazir itu amalan syaitan!
salam to all readers ~
Hmm hari ini saya nak berceloteh panjang tentang pembaziran.Sedar atau tidak dalam hidup kita ini banyak perkara yang telah kita bazirkan.Antaranya, pembaziran ilmu pengetahuan,hati,kekayaan,akal,amalan,cinta dan lain-lain.Percaya atau tidak hakikatnya perkara inilah yang berlaku dalam kehidupan kita TANPA DISEDARI!
Sesungguhnya telah dijanjikan Allah SWT bahawa sesiapa yang melakukan pembaziran,orang itu termasuk dalam golongan saudara SYAITAN!.Ini dijelaskan dalam surah al Isra' ayat 27 yang bermaksud:
"sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan,sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"
Ketahuilah sesungguhnya sifat membazir itu amat hina di mata Allah sehingga Allah mempersaudarakan orang yang suka membazir dengan syaitan.Masya Allah sekiranya amalan membazir ini ada dalam diri kita maka kita kini berada di dalam ZON BAHAYA! Masakan kita mahu menjadi saudara syaitan.Naudzubillahi min zalik.
Tetapi,kenapa dalam banyak-banyak sifat mazmumah membazir juga yang menjadikan seseorang itu saudara syaitan??? NAK TAHU SEBAB APA?? hah.. Jawapannya,kerana dalam diri orang yang suka membazir itu ada perasaanTAKBUR ATAU BANGGA DIRI.Mereka merasakan diri mereka ada kelebihan.Dalam Surah Al-Baqarah ayat 34 Allah sendiri telah berfirman yang bermaksud :
"Tunduklah (memberi hormat) kepada Nabi Adam".Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali Iblis;ia enggan dan takbur,dan ia termasuk dalam golongan yang kafir."
"Tidak akan masuk syurga seseorang itu dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takbur" Naudzubillah moga kita dijauhkan daripada sifat takbur ini.
Walaubagaimanapun,sama ada seseorang itu takbur atau tidak,hanya Allah jua yang MAHA MENGETAHUI.
Ibnu al Qayun al Jauziah mengatakan terdapat 9 BENTUK PEMBAZIRAN yang SERING DILAKUKAN MANUSIA,antaranya:
Pembaziran cinta. |
- Pembaziran ilmu pengetahuan --> Ada ilmu tinggi tetapi tidak diamalkan pada jalan kebaikan
- Pembaziran hati --> Pengisian dalam jiwa kosong,tidak dimasukkan dengan zikir,bacaan Al Quran dan sebagainya.
- Pembaziran kekayaan --> Berkemampuan tetapi dibelanjakan hartanya kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
- Pembaziran akal --> Memiliki akal yang bernas,cergas tetapi tidak digunakan untuk kepentingan agama.
- Pembaziran amalan --> Setiap amalan yang dilakukan tidak diiringi dengan hati yang ikhlas
- Pembaziran cinta --> Cinta sesama manusia melebihi cinta kepada -Nya.
- Pembaziran tubuh badan --> Memiliki tubuh bada sihat,tetapi tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
- Pembaziran zikir --> Rajin berzikir tetapi tidak memberi kesan kepada hati.
- Pembaziran masa --> Masa berharga dibiarkan berlalu tanpa diuruskan dengan sebaik-baiknya
Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang terdapat di atas.Renung-renungkan dan selamat beramal!
wallahua'alam :)
0 comments