Powered by Blogger.

Aspire to Inspire

salam to all readers ~


Hmm hari ini saya nak berceloteh panjang tentang pembaziran.Sedar atau tidak dalam hidup kita ini banyak perkara yang telah kita bazirkan.Antaranya, pembaziran ilmu pengetahuan,hati,kekayaan,akal,amalan,cinta dan lain-lain.Percaya atau tidak hakikatnya perkara inilah yang berlaku dalam kehidupan kita TANPA DISEDARI!

Sesungguhnya telah dijanjikan Allah SWT bahawa sesiapa yang melakukan pembaziran,orang itu termasuk dalam golongan saudara SYAITAN!.Ini dijelaskan dalam surah al Isra' ayat 27 yang bermaksud:

"sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan,sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"


Ketahuilah sesungguhnya sifat membazir itu amat hina di mata Allah sehingga Allah mempersaudarakan orang yang suka membazir dengan syaitan.Masya Allah sekiranya amalan membazir ini ada dalam diri kita maka kita kini berada di dalam ZON BAHAYA! Masakan kita mahu menjadi saudara syaitan.Naudzubillahi min zalik.


Tetapi,kenapa dalam banyak-banyak sifat mazmumah membazir juga yang menjadikan seseorang itu saudara syaitan??? NAK TAHU SEBAB APA?? hah.. Jawapannya,kerana dalam diri orang yang suka membazir itu ada perasaanTAKBUR ATAU BANGGA DIRI.Mereka merasakan diri mereka ada kelebihan.Dalam Surah Al-Baqarah ayat 34 Allah sendiri telah berfirman yang bermaksud :

 "Tunduklah (memberi hormat) kepada Nabi Adam".Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali Iblis;ia enggan dan takbur,dan ia termasuk dalam golongan yang kafir."

Dalam hadis sahih juga ada dijelaskan bahawa:

 "Tidak akan masuk syurga seseorang itu dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takbur" Naudzubillah moga kita dijauhkan daripada sifat takbur ini.

Walaubagaimanapun,sama ada seseorang itu takbur atau tidak,hanya Allah jua yang MAHA MENGETAHUI.

Ibnu al Qayun al Jauziah mengatakan terdapat 9 BENTUK PEMBAZIRAN yang SERING DILAKUKAN MANUSIA,antaranya:


Pembaziran cinta.
  • Pembaziran ilmu pengetahuan --> Ada ilmu tinggi tetapi tidak diamalkan pada jalan kebaikan
  • Pembaziran hati --> Pengisian dalam jiwa kosong,tidak dimasukkan dengan zikir,bacaan Al Quran dan sebagainya.
  • Pembaziran kekayaan --> Berkemampuan tetapi dibelanjakan hartanya kepada perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
  • Pembaziran akal --> Memiliki akal yang bernas,cergas tetapi tidak digunakan untuk kepentingan agama.
  • Pembaziran amalan --> Setiap amalan yang dilakukan tidak diiringi dengan hati yang ikhlas
  • Pembaziran cinta --> Cinta sesama manusia melebihi cinta kepada -Nya.
  • Pembaziran tubuh badan --> Memiliki tubuh bada sihat,tetapi tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
  • Pembaziran zikir --> Rajin berzikir tetapi tidak memberi kesan kepada hati.
  • Pembaziran masa --> Masa berharga dibiarkan berlalu tanpa diuruskan dengan sebaik-baiknya
Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang terdapat di atas.Renung-renungkan dan selamat beramal! 

wallahua'alam :)



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
1)       Berdoa dengan ikhlas kepada Allah

Allah berfirman dalam surah al bayyinah ayat ke 5 yang bermaksud:
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya manyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya lagi tetap teguh di atas tauhid;
Dan supaya mendirikan sembahyang serta memberi zakat .Demikian itulah agama yang benar.

2)       Memulakan dengan pujian kepada Allah diikuti dengan selawat ke atas Nabi SAW.
3)       Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi SAW.

Apakah kelebihan berselawat ?
Berselawat kepada Nabi SAW bermaksud “doa”,memberikan rahmat,berkat dan ibadat.

ü  Mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW
ü  Mendapat rahmat daripada Allah dengan dilipatgandakan sebanyak 10 kali dengan selawat.
ü  Mendapat keampunan dosa
ü  Malaikat mendoakan kita
ü  Ditinggikan darjat di sisi Allah
ü  Dapat berhubung secara langsung dengan Nabi Muhammad SAW kerana setiap salam yang diucapkan it terus sampai kepada Nabi SAW.
ü  Doa dimakbulkan Allah.
ü  Membersihkan hati
ü  Perlindungan pada hari akhirat
ü  Terselamat daripada sifat bakhil kerana Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“orang yang bakhil adalah seseorang yang apabila disebut namaku dia tidak berselawat ke atasku.”


4)       Bersungguh –sungguh ketika berdoa,menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimanya oleh Allah SWT.
5)       Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri
6)       Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan
7)       Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah
8)       Sentiasa berdoa pada setiap masa,sama ada ketika susah mahupun senang
9)       Tidak berdoa tentang keburukan seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturahim
10)   Tidak berdoa di tempat maksiat
11)   Merendahkan suara
12)   Berdoa dengan mengulangkan “ya Rabb” sebanyak 3 kali.
13)   Menghadap kea rah kiblat
14)   Berdoa dalam keadaan berwuduk
15)   Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memulakan hajat.

Sahabat pembaca sekalian,tidak rugi jika kita bertaubat kepada Allah kerana banyak kelebihan yang kita dapat apabila kita bertaubat memohon keampunan kepad Allah SWT.Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan kebihannya adalah:

§  Orang yang bertaubat disayangi Allah
§  Orang yang bertaubat didoakan oleh para malaikat
§  Orang yang bertaubat diampunkan Allah
§  Orang yang bertaubat diberikan pelepasan daripada segala masalah oleh Allah
§  Orang yang bertaubat dimurahkan rezekinya oleh Allah
§  Orang yang bertaubat ditinggikan kedudukannya oleh Allah
§  Bertaubat merupakan ciri orang yang beriman

Ayuh mari kita sama-sama bertaubat sebelum terlambat dan sebelum pintu taubat tertutup. :D


16)   Tidak bersajak dalam berdoa
17)   Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat dengan makna
18)   Menyeru Allah SWT dengan nama-nama-Nya yang mulia
19)   Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal

Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.
Sabda Nabi SAW maksudnya;
“Makanan dari sumber perolehan yang haram,minumannya dari sumber yang haram dan dia dibesarkan dari sumber perolehan yang haram,bagaimana dimakbulkan permintaannya?”

20)   Hendaklah melakukan usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf nahi mungkar)
21)   Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.

Umar Al-Khattab menceritakan apabila baginda SAW mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk berdoa,Baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedu-dua belah tangannya tersebut.

22)   Mengaminkan doa yang dibaca.


Wallahu’alam

Semua petua doa makbul ini ada diterangkan dengan panjang lebar berserta dalil di dalam buku 101 doa daripada hadis-hadis sahih terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kecantikan berada di mana-mana.Jika cantik itu dibiarkan bebas untuk menjadi bahan penilaian mengikut kenisbian akal semata-mata,maka tentu akan binasa dan porak-perandalah segala-galanya.

Analogi yang mudah ialah walau secantik manapun botol minuman alkohol itu , tetapi sebaik-baik ia digunakan untuk mengisi arak maka tetaplah ia hodoh.Demikian juga sebaliknya jika botol yang sederhana,tetapi diisi oleh minyak atar , maka ia tetap indah seindah wangian yang dituang ke dalamnya


Tentu sekali kita kerugian apabila benih mukminah yang sedia tersemai dengan baik dalam usia awal awal remaja tiba-tiba mengalami sindrom kelesuan.Ia berpunca dari gangguan-gangguan definisi dari hal kecantikan yang ditekap oleh pihak yang tidak ‘mesra islam’ atas kepentingan nafsu demi mengutip laba keduniaan.

Demi kekayaan? Demi karier? Demi kekasih? Demi memenuhi selera suami? Demi menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan di tempat kerja?  Demi meraikan kehadiran muda dan zaman kejelitaan? Demi menurut edaran fesyen? Demi menyahut cabaran rakan sebaya? Demi wang dan kemasyhuran?

Sedar akan fenomena tenggelamnya anak-anak dan adik-adik kita dari medan dakwah satu demi satu,maka Engkau Memang Cantik (EMC) ini sengaja dimunculkan.Ia melawat kamar minda untuk merawat kecederaan.

EMC selagi kau tidak melulu
EMC selagi kau menutup malu
EMC selagi kau memelihara adab
EMC selagi kau menjaga aurat
EMC selagi kau menjaga batas.
EMC selagi kau waras berhias
EMC selagi kau bersifat fitrah
EMC selagi kau pantang menyerah
EMC selagi kau terus bersolat
EMC selagi kau lurus bertaubat
EMC selagi kau jujur berilmu
EMC selagi kau suami tak jemu
EMC selagi kau membaca Al Quran
EMC selagi kau kasih ibu bapa
EMC selagi kau mendidik keluarga
EMC selagi kau pandai menjahit dan memasak
EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadah
EMC selagi kau sabar dan tenang
EMC selagi kau tegakkan agama Islam
EMC selagi kau mencegah kemungkaran
EMC selagi kau berkebajikan
EMC selagi kau berniatkan Tuhan
EMC selagi kau seindah Islam.

Akhir kata,EMC selagi kau reda menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan.

Oleh itu,katakanlah kepada dirimu sendiri bahawa “EMC selagi kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar iman J”
Wallahua’alam



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.
Berikut adalah kelebihan bersenyum :


1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?

2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.

3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?

4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.

5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D
Senyum-senyumlah selalu okey!



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

Sponsor

About Me

My photo
Fazlia Hani
Malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Followers

Blog Archive

  • July 2020 (3)
  • December 2013 (4)

Created with by ThemeXpose